When I Close My Eyes, I Think Of You
TAK TAHU
11:39 PM |

Confuse nak delete ka tak blog ni. or nak biarkan saja. tulis je la apa yang nak tulis. luahkan ja la apa2 dekat sini. bukan ada orang baca so watlek watpes ja. mana satu nak buat ni. adui dilemma. nak biarkan ja boleh tapi mcm mana nak buang lagu thousand year ni. it used to be my fav song. but sekarang i should delete remove ignore erase the song, the lyric, the meaning and the memories of this song.


Please go away :(

sakitnya hati ni. pedih sangat. only allah knows how i feel right now. kalau orang tnya apa yang aku rasa. uish nak jawab pun xtau. kena rasa sendiri baru tau macam mana rasa dia. Cukuplah hanya Allah yang tahu. orang cakap mudah. move on. ramai lagi luar sana. ya, betul. memang ramai. tapi aku bukan macam orang lain. bertukar2 macam tukar baju tudung. tak semudah tu. kadang2 rasa ko dah kenapa bodoh bangang sangat syamimi. lek ahhh. benda kecik ja pun. but end up hati sendiri nangis bila cuba nak kuat dengan cara tu. 


good bye.

bukan senang untuk kita yang masih syg nak minta org yg kita syg pergi. tak semudah yang disangka. nak cakap pun kumpul kekuatan doa minta dr Allah bg kekuatan tu. terkadang tu tertanya dekat diri sendiri betul ka apa aku buat. bersediakah aku untuk lepaskan segala galanya. kuatkan aku. hmmm tapi fikirkan balik. sampai bila nak terus tipu diri sendiri. sampai bila nak biarkan hati ni terus sakit dibayangi masa silam. sampai bila? hanya Allah saja yang tahu sakit itu. 


kerana aku sayang diri aku, aku terpaksa buat semua ni. kerana aku sedar semuanya sudah berakhir aku putuskan untuk kita tidak berhubung. kerana aku tahu kau sudah berkeluarga aku undur diri. walaupun hati ini masih....... tapi biarlah allah yang uruskan selebihnya. mungkin salah diri ini jugak kerana terlalu mempercayai. terlalu sayang terlalu mudah untuk menyayangi. tapi salahkah aku berpegang pada janji mu? salahkah aku menjadi manusia yg setia? Hanya allah saja yang tahu.


terkadang aku terfikir. kenapa aku? kenapa aku yang diuji? kenapa aku mempercayai janji2 kau? kenapa aku terlalu lemah? kenapa mesti aku? kenapa? dan kenapa? apa salah aku sehingga disaat kau berjanji denganku kau sudah mengatur untuk bertunang dengan orang lain? apa salah aku sampaikan kau pergi tanpa berita? tanpa sebarang penjelasan? tanpa kata putus. hati aku hancur. berderai. hanya Allah saja yang tahu pedihnya. 


aku tahu jodoh ajal maut di tangan Allah. aku tahu semua tu. aku percaya semua tu. cuma terkadang hati ni lemah. hati ni tak kuat.allah nak uji. kerana aku sedar bahawa kau sudah berkeluarga. sudah bahagia. sudah gembira. sebab itulah aku undurkan diri ini.Cuma satu ku pinta. jika tiada lagi cinta biarlah aku belajar kembali untuk bangun. jangan kau tambah sakit ini. dengan datang menunjuk kebahagian dikau kerna aku tahu semua itu. biar aku pujuk diri ini. diri yang kau aniayai. kerna aku tahu Allah lebih mengerti. aku masih belajar mencuba untuk kuat. untuk melupakan segalanya. 


AMEEN.

SEKIAN LAMA
10:03 PM |




Sekuat mana hati kita tak mungkin mampu kita bohongi diri sendiri.
Sekuat mana aku cuba bertahan tak mungkin sekuat yang dulu.
Sekuat mana aku berpura-pura tak mungkin setanding kepura-puraanmu.
Sekuat mana air mata ini disembunyikan akhirnya jatuh jua ke pipi.

Jika dibelah dada ini kau akan lihat betapa hancurnya hati aku. 
Jika di tanya pada diri ini apa perasaanku hanya Allah saja yang mengerti.
Jika kasih sayang boleh dijual beli sanggup aku tidak merasai.
Jika mampu diri ini merancang tidak mahu aku mengenali diri mu.

Andai aku bisa berkata, Tuhan hilangkanlah ingatanku tentang dia.
Andai kau mampu merasa apa aku rasa, merayu kau memohon maaf.
Andai ku tahu ini akhirnya, tidak akan ku turut pada mulanya.
Andai hatiku mampu bersuara, dia akan berkata cukuplah atas segalanya.

Tidak aku pinta untuk merasai ini semua. 
Tidak aku sangka semuanya akan berakhir macam ini. 
Tidak aku duga kau hanya memberikan dusta. 
Tidak aku percaya kau sudah pergi.


permintaan dalam keterpaksaan
11:52 PM |

kenapa perlu datang?bila kau sudah hilang lenyap dari hidup ini? cukup. cukuppp. biar hidup ni tenang. tiada gangguan. kau sudah pergi jangan datang memberi harapan kembali.kerana aku bukan kuat. cinta aku bukan mainan seperti kau.bukan pendusta.bukan penghancur hati org.biar air mata ini kering, dan kau bahagia bersama insan yg kau pilih.


baca lagi syg :)
KEKUATAN
9:04 PM |
Pernah tak rasa macam letih sangat! Pernah tak rasa macam semuanya serba serbi tak kena! Pernah tak rasa macam diri ini tak da sapa yang kisah dan sayang kita? Pernah tak rasa malas nak buat apa2? Pernah tak rasa macam nak nangis sepuas puasnya lepas tu terus tidur?! Pernah tak rasa macam dunia ni tak adil?!!!! Sebenarnya kita diuji oleh Nya kerana kita insan terpilih yang istimewa. Dipilih untuk diuji kerana kita kuat walaupun hakikatnya kita rasa macam kita ni lemah sangat. Rasa macam kita ni loser. Rasa macam kita ni keseorangan.




pejam celik pejam celik dah nak masuk 20
10:54 PM |
assalamualaikum and hi readers yang sangat comel :)

sekarang ni rasa macam cepat ja masa berlalu. rasa macam baru ja habis jawab SPM. rasa macam baru ja dapat result SPM. rasa macam baru ja masuk UiTM. rupa-rupanya pejam celik pejam celik dah nak masuk 20. alamak aii rasa macam dah tua ja. tp jiwa still remaja ok uolssss. hehehe. bila balik raya or jumpa saudara-mara masing2 dah sibuk tanya bila nak kawen dah ada calon ka belum. haii lemah betul kalau kena tanya mcm tu. angah ni muda lagi. calon pun belum ada. kalau ada pun dah lari kawen dengan orang lain sbb lama sangat nak tunggu iols habis belajauuu. hahahaha. haa tadi dalam class CTU boring sangat mula la pasang lagu dengar ngn kengkawan gelak2. si ni lagu yang berjaya mencuri hati aku hari ni. dah tak pasang2 layan lagu jiwang karat macam baru putus cinta. cissss! alaaaa bukan selalu pun *buat muka comel sambil kedip kedip mata

Izinkan diriku meluahkan rasa
Maafkanlah aku andai kau terasa
Biarku paparkan apa yang terjadi
Moga engkau tak ulangi
Sungguh tak kusangka kau berpaling tadah
Setelah lamanya menjalinkan cinta
Dalam diam-diam kau sudah berpunya
Tanpa aku menyedari semuanya
Aku mendoakan agar kau bahagia
Bersama si dia
Insan yang kau suka
Percintaan kita tak sampai ke mana
Setakat di bibir saja
Sayang
Kau bina mahligai dari air mata
Yang jatuh berderai di wajah sepiku
Hancurnya hatiku bisa tak terkata
Terhumban rasa diriku
Oh aduhai
Ku masih ingati
Janji manis dan saat romantis
Kau pintaku supaya setia
Akhirnya kau yang berubah
Oh Tuhanku
Tabahkan hatiku
Temukanku dengan ketenangan
Jiwa ini dibelasah rindu
Tetapi apa dayaku
Kucuba pejam mata tapi tak terlena
Keranaku masih teringat padamu
Begitu payahnya nakku melupakan
Pernahkah engkau fikirkan
Oh sayang…
ala alaa merah darah gittewww
assalamualaikum and hi readers yang sangat comel :)

eh actually aku memang tak tau nak merepek apa ni. cuma lama sangat tak menulis dekat sini. hati ni memang nak sangat berceloteh dekat sini cuma tak cukup masa. tak cukup ka? *tangan dibahu mata ke atas. tak da modal nak tulis kot. tak tau nak luahkan perasaan melalui penulisan. tapi klau bab meluahkan perasaan bila baca novel ahhhh xpayah cakap la. bengkak mata2 tuu.

so now nak start dengan apa eh? oh life aku dekat U? ermmmm. boleh la jugak. okay laa. but ofcoz la tak sama dengan life kat asma kan. life kat asma paling gempak. budak nakal la katakan. ihikssss *gelak hegeh sikit. now aku dah nak masuk sem 3 dah oii. for the 1st sem tu memang asik nangis la aku. nak balik rumah. rindu kwn2 yg sentiasa support each other. rindu kwn2 yg xpentingkan diri. ohhhh sgt sadis kisah aku time part1 dulu. nasiblah ada kak dayah ntk aku rujuk apa2. and thanks to someone that used to be my everything which is always dgr segala masalah aku. ada time aku stress, nangis penat belajar, penat test terus mai amek aku bawak jalan2. thanks again.

so untuk part2 kwn2 dah makin okayyy. aku dah boleh terima environment dgn kwn2 baru. air mata pun dah kurang bab tu but masalah lain pulak. senang cakap life time part1 and part2 memang berbeza sgt2. something yg tak dijangka berlaku. everybody memang tak sangka that thing akan berlaku. me? lagi lah x sangka. but nak tak nak kena accept la kan. eventho susah. mau x susah cek oiii. time part1 masalah aku boleh bahagi dua. mai part2 masalah aku sakit ka everything la, me myself kena face it. but it`s ok. it`s help me to be a strong girl la. hekeleh kuat la sgt. malam2 after study before tidur hg buat apa?!!

ha bab study pulak time part 1 for the 1st class tu cuak nak mampus la. malam tu call mama call that one cita risau bagai. over gila kot bila fikir balik. haha. dalam class mengantuk xpayah cakap la. buat mcm tak biasa pulak budak asma wajib mengantuk punya dalam class. tapiiiii xdak orang la nak tolong picit2 tangan, cubit2 tangan time mengantuk mcm kat asma dulu. eh tetiba teringat kat aida. time form3 dulu mengantuk time cg alnie ngajar bm. punya la kesian tgk aku mengantuk aida offer diri nak tolong picit tapak tangan aku nak bg hilang ngantuk. last2 dari sorang yg tersengguk2 jadi dua orang tersengguk2. at the end dua2 kena halau keluar kelas. hahaha. aduhai rindunyaaa sekolah.

kalau bab shopping or jalan2 ofcoz tak boleh buang. time part1 weekend lebih banyak spent time dengan that one la. but for 2nd sem ofcoz dengan kawan2. mira yang xsuka keluar tu pun kerja keluar ja hasil pengaruh aku. ehhh hello aku x hasut. aku ajar ja cara untuk release tension *cara aku la. but time intersession ni rasanya sekali ka dua kali ja kot keluar. sedihnyaa :( ni semua gara2 si mamat poyo tu. kononnya save nama abg baik la at last tukar ke damn la deng la. haha. macam2 betul la aku ngn mira memang bengan sgt dgn perangai dia. sebab marahkan dia tu la dah x sewa kereta so x boleh keluar. itu yg terperuk dalam bilik ja. tu pun separuh gila la boring.

ok udah2 la kot nulisnya ehhh. btw aku sangat happy sebab kawan2 asma still keep in touch sampai la sekarang. ada masalah dont worry akan ada pendengar setia. thanks to tot, aliaa, hanan and yone yg always ada time susah senang aku. aku sayang hampa sangat2. insyaallah kita kawan dunia akhirat. mama pulak always berfikiran positive and tak pernah menangkan aku kalau aku salah. cerita p la mcm mana pun. nangis p la macam mana pun. but if aku yang buat salah aku tetap kena tegur. that's why i always love u mama.



                                KESAYANGAN KESAYANGAN AKU!

                                  
                   

  kesayangan hanan                                                         

terima kasih ya allah :)
12:15 AM |


assalamualaikum and hi readers yang sangat comel :)

kadang-kadang kita akan rasa sedih bila sesuatu yang buruk berlaku dekat kita. bila orang yang kita sayang hilang dari hidup kita. tapi kita kena fikir, apa yang berlaku ada hikmah dia. bersyukur sekurang-kurangnya kita tahu kebenaran itu sekarang dari masa akan datang. dan terima kasih ya allah kerana Kau tunjukkan kebenaran itu kepada aku sekarang. menjadi lumrah sekiranya kita luahkan kesedihan kita melalui air mata. air mata bukan menandakan kita lemah tapi cara untuk kita lepaskan duka yang kita pendam untuk menjadi lebih tabah. untuk mengecapi satu kebahagian kita akan merasai beribu keperitan. insyaallah satu hari nanti allah akan berikan kebahagian itu kepada kita, kita yang bersabar. amin :)

About Me Entries Message Friends Pictures Archives Credits

|