When I Close My Eyes, I Think Of You
SEKIAN LAMA
10:03 PM |




Sekuat mana hati kita tak mungkin mampu kita bohongi diri sendiri.
Sekuat mana aku cuba bertahan tak mungkin sekuat yang dulu.
Sekuat mana aku berpura-pura tak mungkin setanding kepura-puraanmu.
Sekuat mana air mata ini disembunyikan akhirnya jatuh jua ke pipi.

Jika dibelah dada ini kau akan lihat betapa hancurnya hati aku. 
Jika di tanya pada diri ini apa perasaanku hanya Allah saja yang mengerti.
Jika kasih sayang boleh dijual beli sanggup aku tidak merasai.
Jika mampu diri ini merancang tidak mahu aku mengenali diri mu.

Andai aku bisa berkata, Tuhan hilangkanlah ingatanku tentang dia.
Andai kau mampu merasa apa aku rasa, merayu kau memohon maaf.
Andai ku tahu ini akhirnya, tidak akan ku turut pada mulanya.
Andai hatiku mampu bersuara, dia akan berkata cukuplah atas segalanya.

Tidak aku pinta untuk merasai ini semua. 
Tidak aku sangka semuanya akan berakhir macam ini. 
Tidak aku duga kau hanya memberikan dusta. 
Tidak aku percaya kau sudah pergi.



About Me Entries Message Friends Pictures Archives Credits

|